Monday, March 12, 2012

Family Day KESUVET di Gambang Beach Resort & Water Park



3 hari lagi...16-18/3 ni, jabatan aku ada buat family day di Gambang Resort & Water Park. Family Day untuk anjuran Kelab Sukan Jabatan Veterinar (KESUVET).  Bayaran hanya RM50 untuk org bujang dan RM100 sahaja untuk 1 family . Bagi orang yang berkeluarga besar, mmg berbaloi la join family day ni. 3 hari 2 malam...  Tiket bagi taman tema air untuk dewasa RM18/seorang dan kanak2 tuk ketinggian 90 cm sehingga umur 12 tahun RM14.  Bas ada juga disediakan. Aku bawa kenderaan sendiri. Kalo naik bas, kena ikut masa bas pulak. Naik kereta sendiri lagi senang.

KESUVET bukan saja untuk HQ sahaja tapi meliputi cawangan Makmal Awam Veterinar Salak Tinggi, JPV Cheras dan Pusat Tenusu Paya Jaras. Banyak acara sukaneka, treasure hunt dan ada banyak hadiah.

Bagi acara makan malam bersama KPPV, ada hadiah cabutan bertuah yang best....

Salah satu nya.....



SAMSUNG GALAXY TAB


Lain-lain hadiah....barangan eletrik TV LCD pun ada & macam2 lagi ...tunggu je la....


kata hati: kalo x dpt galaxy tab, dpt TV pun nk juga...berangan...hehe